Jumat, 27 Desember 2013

Kad Krismas Kardashian P’hargaan Pada Illuminati


Los Angeles – Keluarga Kardashian telah menghasilkan kad Krismas 2013, namun mereka mendapat kecaman peminat selepas kad itu mempunyai unsur-unsur Illuminati melalui imej piramid dan mata dalam gambar tersebut.

Imej itu dirakamkan oleh jurugambar terkenal David LaChappelle di sebuah panggung wayang lama yang terbiar.

Setiap tahun keluarga Kardashian akan menghasilkan kad perayaan Krismas, namun kali ini, kad tersebut dilihat sebagai penghargaan kepada Illuminati, meskipun Kim Kardashian sebelum ini menafikannya.

Keseluruhan kad tersebut penuh dengan simbol tertentu yang turut melambangkan eksploitasi kanak-kanak, kepalsuan dan kawalan minda.

Kesemua mereka juga memakai pakaian hitam.

Manakala Kim pula bergambar di atas tangga di sebelah lambang $ dan perkataan “THE END” yang kemungkinan menunjukkan penghujung karier atau keruntuhan ekonomi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar