Kamis, 26 Desember 2013

Jenazah Pegawai Jaip Selamat Dikebumi


KUANTAN – Jenazah Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham MohdRaffli Abdul Malik yang mati ditembak semalam, selamat dikebumikan pada Isnin.

Lebih 500 anggota keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham berada di tanah perkuburan Jalan Bukit Ubi di sini ketika jenazah dikebumikan pada pukul 10.20 pagi Isnin.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tengku AmpuanAfzan di Indera Mahkota.
Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya di Indera Mahkota 2 di sini.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih.
Polis mengesahkan kes bermotifkan bunuh.-BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar