Sabtu, 28 Desember 2013

AS gagal biayai sekutu

AS terus lumpuh setelah pentadbiran Obama gagal beroperasi.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pemberhentian sementara operasi di Amerika Syarikat (AS) hampir seminggu meningkatkan kebimbangan kepada sekutunya. 

Dipetik laporan AP, jurucakap Timbalan Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, bantuan ketenteraan kepada sekutunya mungkin terjejas, jika penutupan institusi persekutuan berterusan.

“Jika krisis ini berlanjutan  Jabatan Negara tidak berupaya memberikan bantuan ketenteraan kepada sekutunya terutama Israel,“ katanya.

Beliau berkata, selama ini, sekutu AS menikmati bantuan dan mendapat sokongan daripada Parti Demokrat.

“AS sebelum ini meluluskan bajet fiskal kira-kira AS$3.1 juta (RM 9.8 juta) untuk Israel. Tetapi bajet untuk negara lain belum diluluskan. Kesemua bajet itu adalah untuk tahun sepan,” katanya.

Pada 2007, AS bersetuju memberi bantuan pakej kewangan AS$30 bilion (RM95.4 bilion) antara 2009 dan 2018.

Jabatan Negara AS melaporkan, negara itu menyalurkan bantuan kewangan kira-kira $ 5.5 bilion (RM17.5 bilion) kepada sekutunya di lebih 80 negara seluruh dunia pada tahun 2011. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar