Tampilkan postingan dengan label bilion. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bilion. Tampilkan semua postingan
Jumat, 20 Desember 2013
Wang KWSP RM1 8 bilion dilabur tanpa bincang
(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 3 Jun: Senator Syed Shahir Syed Mohamud bimbang aset tunai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap melalui pembelian stesen kuasa Battersea, yang menjadi ikon hartanah di London berharga RM1.8 bilion.
Agensi Bloomberg dan akhbar Financial Times memetik laporan firma kaji selidik hartanah, CoStar, bahawa KWSP berjaya mengatasi bidaan dibuat pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich untuk mengambilalih stesen berkenaan.
“KWSP perlu berhati-hati dalam membuat pelaburan. Keadaan ekonomi di Eropah kini tidak menentu. Greece dan Sepanyol adalah contoh (negara hadapi krisis ekonomi).
“Kita bimbang modal pelaburan yang ditanam tidak membawa keuntungan, malah yang berlaku sebaliknya,” katanya pada Keadilandaily.
Katanya, beliau bukan memperlekeh usaha KWSP mencari pelaburan, tetapi adalah lebih baik wang sebanyak itu dilabur di negara seperti Korea atau membantu Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) tempatan.
“Kita bimbang dengan spekulasi pasaran kerana ada risiko. Walaupun atas nama pelaburan perlu ada pulangan yang munasabah,” tegasnya yang juga mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC).
Spekulasi perniagaan mengatakan KWSP berkerjasama dengan SP Setia, salah satu pemaju hartanah terbesar Malaysia, dan agensi pelaburan hartanah bagi Deutsche Bank, RREEF.
CoStar Group berkata, KWSP telah menetapkan jaminan 100 peratus kepada ekuiti tawaran pembelian tunai bernilai RM1.8 bilion (375 juta pound).
CoStar menambah, SP Setia dijangka menjadi pengurus pembangunan dan mendapat nasihat daripada RREEF.
Manakala terma pembelian Battersea telah dipersetujui dan urus niaga dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.
SP Setia meletakkan dua bidaan bernilai RM1.2 bilion (262 juta pound) dan RM1.5 bilion (324 juta pound) bagi tanah itu tahun lepas tetapi ditolak.
Bagaimanapun, KWSP kelmarin menafikan laporan berita di Britain bahawa ia sudah membuat bidaan bernilai RM1.8 bilion untuk membeli stesen kuasa Battersea itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Minggu, 15 Desember 2013
PAC perlu siasat RM7 bilion perbelanjaan meragukan JPM kata DAP
OLEH MOHD FARHAN DARWIS October 30, 2013
DAP hari ini menuntut agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara menyiasat penggunaan RM6.08 bilion Jabatan Perdana Menteri yang tidak mempunyai butiran jelas kegunaannya.Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (gambar) mendakwa, peruntukan Bajet 2014 bagi JPM itu termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion untuk program pembangunan dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.
Perbelanjaan lain termasuk juga projek khas RM202.8 juta dan projek mesra rakyat RM665 juta.
"Saya menyeru kerajaan dan menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala untuk menjelaskan penggunaan dana berkenaan," kata Liew di Parlimen, Kuala Lumpur.
Liew turut mendakwa senarai penggunaan dana berkenaan juga hanyalah permulaan daripada keseluruhan bajet yang mempunyai kelompangan dan boleh digunakan untuk membiayai penyokong politik Perdana Menteri.
Tambahnya lagi, peningkatan 13% perbelanjaan jabatan berkenaan yang bernilai RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion untuk 2014 juga keterlaluan.
"Keseluruhan Bajet 2014 yang diumumkan pun hanya meningkat sebanyak 1.5% daripada RM260 bilion pada 2013 kepada RM264 bilion," katanya.
Malah, peningkatan daripada RM3.6 bilion pada 2003 kepada RM16.5 bilion pada 2013 melangkaui bajet kementerian lain sejak sedekad lalu, katanya. - 30 Oktober, 2013.The Malaysian Insider
Langganan:
Postingan (Atom)