Tampilkan postingan dengan label tarik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tarik. Tampilkan semua postingan

Selasa, 24 Desember 2013

Kenyataan Dr M Tarik kerakyatan bercanggah dengan Perlembagaan’ kata peguam


February 10, 2013

Gambar fail Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, kata peguam. 
Pakar-pakar perundangan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa kerakyatan adalah perkara pokok bagi hak asasi manusia buat rakyat negara ini.
Jelas mereka, hak itu tidak seharusnya ditarik demi menjaga Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan Dr Mahathir itu akan meruntuhkan semangat dan struktur Perlembagaan," kata Pakar Perlembagaan Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.

Jelas Syahredzan, terdapat beberapa peruntukan dalam dokumen yang membentuk "struktur utama" Perlembagaan yang tidak boleh dipinda, dan jika dipinda, pindaan itu sendiri melanggar semangat Perlembagaan.

"Apa peruntukan itu, tidak dijelaskan. Namun secara amnya, peruntukan itu memberikan hak kepada individu untuk kerakyatannya tidak ditarik," kata peguam itu, dan menambah kerakyatan itu adalah salah satu daripada hak tersebut.
Walaupun ianya boleh dipinda, Syahredzan menegaskan struktur Perlembagaan telah menetapkan untuk memastikan ianya tidak diganggu.

Meminda Perkara Tiga Perlembagaan berkenaan kerakyatan memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja, tegas Syahredzan.
"Jika ia dipinda, ia akan dicabar di mahkamah," tambahnya.
Sementara itu, N. Surendran bersetuju dengan Syahredzan, sekaligus turut melabel cadangan tersebut sebagai "tidak masuk akal" yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, tetapi juga rakyat Malaysia.

"Kerakyatan adalah perkara utama dalam hak asasi manusia di Malaysia. Cadangan Dr Mahathir akan memudahkan untuk menarik kerakyatan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PKR itu lagi.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin pula menambah telah ada peruntukan dalam Perlembagaan berhubung kerakyatan Malaysia.
"Untuk menarik kerakyatan bukan perkara mudah ... Saya tidak pasti peruntukan mana yang dimaksudkannya (Dr Mahathir)," kata Hanipa.

Syahredzan bagaimanapun menjelaskan Peruntukan Artikel 24 hanya merujuk kepada mereka yang memperoleh kerakyatan, dan Artikel 25, ianya merujuk kepada rakyat yang "tidak setia" melalui naturalisasi.
Peguam itu berkata adalah hipoktitikal untuk menghalang rakyat daripada mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak Melayu dan Bumiputera, dan mencadangkan penarikan kerakyatan.
"Kamu tidak boleh memilih apa yang disukai kerana politik," tegasnya.

Semalam dalam program yang dianjurkan Human Development Club di Bandar Tun Razak, seorang pengunjung bertanya kepada Dr Mahathir apa tindakan yang boleh diambil terhadap peguam seperti Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Dr Mahathir, berkata kerakyatan hanya boleh ditarik apabila Perlembagaan dipinda. Menjelaskan perkara itu, majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan.
"Jadi saya harap kemenangan akan diberikan kepada Barisan Nasional (BN)," tambahnya.
Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerajaan boleh menarik kerakyatan mereka yang menerima kerakyatan negara lain, atau mengamalkan hak eksklusif rakyat negara lain.

Perkara 25 pula menetapkan kerajaan hanya boleh melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.
 The Malaysian Insider.
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Pemilihan Umno 38 Tarik Diri 9 Kekal Tanding


KUANTAN – Sembilan daripada 14 Bahagian Umno Pahang kekal menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua bahagian selepas tempoh 72 jam penarikan diri sebagai calon tamat 5 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pahang Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata sembilan bahagian itu ialah Kuantan, Maran, Jerantut, Raub, Paya Besar, Indera Mahkota, Bera, Kuala Krau dan Cameron Highlands

“Pada hari pendaftaran calon Sabtu lepas, calon di lima bahagian sahaja yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian iaitu Pekan, Temerloh, Bentong, Lipis Dan Rompin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagi Cameron Highlands, penyandang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dicabar anggota Umno bahagian itu, Wan Rahaimin Wan Mustapha.

Penyandang Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Pahang dicabar anggota bahagian itu Mohd Ghazali Kamaruzaman.

Penyandang bahagian Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dicabar Ketua Penerangan Bahagian itu Ahmad Nazlan Idris yang juga anggota Parlimen Jerantut.

Bagi Bahagian Kuantan, penyandang Datuk Wan Adnan Wan Mamat dicabar anggota Jawatankuasa (AJK) Bahagian itu Ab Mutalib Shamsuddin dan Bahuri Geran (Ketua Cawangan Bandar Kuantan Pusat).

Di Bahagian Paya Besar, penyandang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman ditentang AJK Bahagian Datuk Abdul Manan Ismail yang juga anggota Parlimen Paya Besar.

Di Maran, Pemangku Ketua Bahagian itu Datuk Ismail Abd Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dicabar Setiausaha Barisan Nasional Pahang Muhamad Abdullah dan AJK Bahagian Maran Ismail Mat Resat.

Di Kuala Krau, penyandang Datuk Ismail Mohamed Said dicabar anggota bahagian itu Nik Affendy Nik Abdul Rashid.

Di Bera, penyandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dicabar Ketua Pemuda Bahagian itu Datuk Mohd Azizan Che Omar.

Bagi Indera Mahkota, pertandingan tujuh penjuru kekal apabila penyandangnya Datuk Mohd Hazmi Yusof dicabar Setiausaha Umno negeri Datuk Abdul Rahim Abas; Bendahari Umno negeri Ngah Ismail; dan Pengerusi Veteran Umno Indera Mahkota Shahrom Zainuddin.

“Calon lain ialah Ketua Cawangan Indera Mahkota 16 Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid; Ketua Cawangan Indera Mahkota 6 Abdullah Syukur; dan Naib Ketua Umno Bahagian Mahasan Hussain,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 38 calon menarik diri untuk pemilihan Umno bulan depan.

Berdasarkan keputusan itu, katanya, hanya 2,600 daripada 2,638 calon yang menghantar borang pencalonan di Pahang kekal bertanding dalam semua jawatan. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 06 Desember 2013

Objek dan Daya Tarik Wisata

Undang-Undang Tentang Kepariwisataan 
 
BAB III
OBJEK DAN DAYA TARIK WISATA

Pasal 4
(1) Objek dan daya tarik wisata terdiri atas :
  • objek dan daya tarik wisata ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, yang berwujud keadaan alam, serta flora dan fauna;
  • objek dan daya tarik wisata hasil karya manusia yang berwujud museum, peninggalan purbakala, peninggalan sejarah, seni budaya, wisata agro, wisata tirta, wisata buru, wisata petualangan alam, taman rekreaksi, dan tempat hiburan.
(2) Pemerintah menetapkan objek dan daya tarik wisata selain sebagaimana dimaksud dalam ayat (1) huruf b.


Pasal 5
Pembangunan objek dan daya tarik wisata dilakukan dengan cara mengusahakan, mengelota, dan membuat objek-objek baru sebagai objek dan daya tarik wisata sebagaimana dimaksud dalam Pasal 4.
 
Pasal 6
Pembangunan objek dan daya tarik wisata dilakukan dengan memperhatikan :
  1. kemampuan untuk mendorong peningkatan perkembangan kehidupan ekonomi dan sosial budaya;
  2. nilai-nilai agama, adat-istiadat, serta pandangan dan nilai-nilai yang hidup dalam masyarakat;
  3. kelestarian budaya dan mutu lingkungan hidup;
  4. kelangsungan usaha pariwisata itu sendiri.

Read More..