Kamis, 06 Maret 2014

BlackBerry Z30 Perkenal Skrin 5 Inci


BLACKBERRY baru-baru ini telah memperkenalkan peranti terbaru mereka yang dikenali sebagai BlackBerry Z30.

Berbanding dengan saiz skrin 4.2 inci daripada BlackBerry Z10, peranti phablet Z30 direka dengan skrin yang lebih besar, sistem operasi terbaharu dengan harga yang lebih berpatutan.

Dijual pada harga RM1,998, Z30 adalah dilihat lebih berpatutan berbanding dengan alat peranti lain seperti iPhone mahupun Android.

Skrinnya beroperasi pada format 1280 x 720 piksel Gorilla Corning Glass 2 dengan pemprosesan 1.7GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro bersama GPU QuadCore Adreno 320 selain memori RAM 2GB dan 16GB memori simpanan. Slot untuk MicroSD juga disediakan bagi penambahan memori.

Ia turut dilengkapi dengan kamera 8MP dengan ketahanan bateri 25 jam pada pelbagai guna dengan kapasiti 2880mAh.

Antara ciri menarik yang terdapat pada phablet ini termasuklah speaker stereo yang bercirikan Natural Sound di mana pengguna boleh menikmati pengalaman video chat hampir sama seolah-olah anda sedang berbual secara berhadapan dengan pemanggil.

Z30 menampilkan 4G LTE dan NFC sebagai rangkaian standard selain sistem operasi BlackBerry OS 10.2 yang mempunyai 1,600 ciri perisian terbaharu.

SPESIFIKASI:
BLACKBERRY Z30
Harga: RM1,998
Rangkaian: 2G, 3G, 4G
Dimensi: 140.7 x 72 x 9.4mm
Berat: 170g
Saiz: 5 inci 294ppi
Memori: 16GB
RAM: 2GB
Kamera: 8MP
CPU: Dual-core 1.7 GHz Krait Qualcomm MSM8960T Pro Snapdragon
OS: BlackBerry 10.2
Bateri: 2880mAh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar