Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selangor. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

PRU13 PKR Selangor tawar Wan Azizah 4 kerusi

sinarharian
31 Oktober 2012
seri muda
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.

“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.

"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.

“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.

Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.

Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Selangor perluas Jom Shopping perayaan

Harakahdaily, 28 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan memperluaskan pemberian kupon membeli belah bagi Program Jom Shopping sempena perayaan untuk perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, untuk program Jom Shopping untuk Perayaan Aidilfitri, setiap Dun diperuntukkan kira-kira 500 kupon membeli belah itu yang akan diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,500.

Beliau berkata demikian semasa Program Jom Shopping yang diadakan di sebuah pasar raya di Klang, semalam.

Dalam program itu, seramai 300 keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 terpilih untuk menerima kupon Jom Shopping yang bernilai RM100, lapor Selangorku

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan seramai 28,000 rakyat Selangor yang kurang kemampuan bakal menerima kupon beli belah bernilai RM100 di bawah Program Jom Shopping sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi program itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta bagi menjayakan usaha tersebut.
Read More..