Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Selasa, 11 Maret 2014
Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda
|
Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.
Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis semalam.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan.
Menurutnya lagi, keputusan sama ada ada perarakan bermula dari dataran di luar kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuju ke Istana diteruskan akan diketahui sehari sebelum perhimpunan.
"Polis tak bagi berarak kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya. Ini kerana, kalau berarak, cuma jalan itu sahaja yang ada.
"Jadi akan berlaku kesesakan dan menghalang lalu lintas. Kita sedang menelitinya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Senin, 03 Maret 2014
MP lapor polis artikel Cina mahu duit zakat

|
Anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini membuat laporan polis ekoran tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat, berbentuk hasutan dan menimbulkan kebencian terhadapnya.
Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.
Tulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya.
"Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakini selepas membuat laporan polis pagi ini.
Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008.
Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.
Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.
Tulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya."Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakini selepas membuat laporan polis pagi ini.
Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008.
Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.
Kamis, 06 Februari 2014
Polis Tahan Suspek Bunuh Dari Singapura

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang amat dikehendaki di Singapura kerana dipercayai terlibat dalam dua pembunuhan di republik itu baru-baru ini, ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Johor Bahru, Johor, malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata suspek berusia 34 itu ditahan sepasukan polis di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira 11 malam.
“PDRM akan menyerahkan suspek kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata warganegara Singapura itu dipercayai terlibat dalam dua pembunuhan berprofil tinggi pada Rabu lepas sebelum berjaya meloloskan diri ke negara ini melalui jalan darat.
Menurut laporan SPF kepada PDRM, katanya suspek dipercayai masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Malaysia-Singapura di Woodlands dengan menaiki sebuah motosikal pada Rabu malam.
Hadi berkata SPF melalui unit khasnya yang memaklumkan kepada PDRM mengenai butiran suspek telah membawa kepada penangkapan lelaki itu.
“PDRM sentiasa membantu pasukan polis negara jiran yang memerlukan pertolongan untuk memberkas suspek yang dikehendaki di negara mereka.
“PDRM akan cuba mengesan dan menahan suspek berkenaan untuk diserahkan ke negara asal mereka. Kita tidak mahu penjenayah antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai sarang persembunyian,” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean meminta polis negara itu mempergiat usaha dalam siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kovan.
Menurut satu kenyataan, Teo yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kes pembunuhan itu adalah mengejutkan dan beliau bersimpati dengan keluarga mangsa.
Mayat Tan Boon Sin, 67, ditemui berhampiran Hillside Drive manakala mayat anaknya, Tan Chee Heong, 42, di luar stesen MRT Kovan.
Sementara itu di SINGAPURA, SPF dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada PDRM atas kerjasama dan bantuan diberikan dalam penahanan suspek itu. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)