Tampilkan postingan dengan label p. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label p. Tampilkan semua postingan

Minggu, 22 Desember 2013

Road To MAHA Di P Pinang Pada Januari 2014


BUTTERWORTH – Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) peringkat Pulau Pinang akan diadakan di Parlimen Permatang Pauh pada Januari tahun depan.

Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Zaidi Mohd Said berkata program  ‘Road to MAHA’ dijangka berlangsung tiga hari membabitkan peruntukan antara RM200,000 dan RM300,000.

Beliau berkata pameran itu bertujuan mempamer dan menjual pelbagai produk industri asas tani di negeri ini selain pameran pelbagai agensi kerajaan serta swasta.

“Ini program kedua diadakan di negeri ini selepas program pertama di Bera, Pahang pada Disember tahun ini. Program ini menyasarkan 30,000 pengunjung dalam usaha mengetengahkan produk asas tani Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini,” katanya selepas bertemu 18 agensi dan jabatan pada Majlis Suai kenal dan Makan Tengah hari Kepimpinan Umno Bahagian Permatang Pauh Bersama Agensi Kerajaan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zaidi yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh berkata bahagian berkenaan amat memerlukan kerjasama semua jabatan dan agensi kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan itu.

Beliau berkata masih banyak aduan serta masalah rakyat yang belum diselesai kerana kebanyakan aduan adalah berkaitan agensi dan jabatan kerajaan.

“Sebab itulah saya mewakili Umno bahagian ini amat mengharapkan kerjasama daripada pegawai dan kakitangan kerajaan agar kita sama-sama membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.
“Saya tidak minta agensi kerajaan bantu orang Umno atau Barisan Nasional sahaja tapi bantulah semua orang,” katanya. – BERNAMA
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Tidak Punya Kelamin Lelaki Ini Buat Mr P Sendiri

buat penis palsu
Seorang lelaki di Skotland  membuat penisnya sendiri kerana dia tidak memiliki penis sejak kecil.
Lelaki itu,   Mohammed,   40 tahundari Edinburgh, Skotland  terpaksa membuat penis palsu untuk memenuhi kebperluan  seksual isterinya yang baru baru ini dia nikahi.

Mohammed bukan lahir tanpa memiliki alat kelamin sebuah kecelakan semasa ia masih kecil membuat sebagian penis dan testisnya hancur sehingga doktor terpaksa membuatkan penis palsu setelah melakukan 100 kali operasi.

Namun alat kelamin palsu milik Mohammed ini tidak dapat digunakan untuk berhubungan seks fungsinya hanyalah untuk buang air kecil.

Ketika Mohammed menikah  dengan seorang wanita yang ditemuinya di Pakistan 3 tahun lalu Mohammed berfikir   ingin menjadi seperti orang yang normal yang boleh bercinta dengan isterinya. Lalu ia berfikir untuk membuat ulang alat kelamin palsunya agar boleh benar benar digunakan untuk berhubungan seks.

Mohammed dibantu salah satu stesyen tv akhinya menemukan dia dengan seorang doktor yang benar benar sepesialis tentang penis, doktor ini adalah Dr Christopher.
Akhirnya Dr Christopher merekomendasikan rekonstruksi penis yang benar-benar baru dan lebih besar dari radial forearm flap, yang akan sepenuhnya memberikan sensasi pada alat kelamin Mohammed. Pendekatan ini merupakan prospek jangka panjang dan setidaknya baru boleh selesai setelah lebih dari tiga operasi terpisah.

Mohammed kini telah menjalani operasi pertama, di mana kulit dan lemak dari lengannya telah diambil untuk membuat penis yang baru, yang kemudian ‘dilekatkan’ selama operasi 11 jam. Mohammed juga mendapatkan testis baru, yang memungkinkannya menjadi subur kembali. Dua operasi lebih lanjut akan membahas soal penampilan dan fungsi penis baru Mohammed.

“Ini benar-benar brilian, seseorang dapat mengatakan bahawa mereka dapat melakukan sesuatu untuk saya. (Sebelumnya) saya berfikir tidak ada satu pun yang boleh  menolong,” ujar Mohammed.

 
sumber
Read More..