Jumat, 31 Januari 2014

Situs Peninggalan Sejarah Ditemukan di Halaman Rumdin Walikota Surabaya



SURABAYA  - Struktur bangunan kuno diduga situs peninggalan sejarah ditemukan di Taman di sisi barat rumah dinas Walikota Surabaya Jl Sedap Malam. Struktur bangunan kuno itu diperkirakan kolam seluas 10x8 meter dan beberapa benda antik lainnya.

Seperti pecahan guci diduga peninggalan Dinasti Ching dan besi ukuran seperti tongkat bisbol.

"Kita masih belum bisa memastikannya, karena masih menunggu tinjauan riset dari Balai Pelestarian Cagar Budaya daerah Jawa Timur," ujar Kepala Dinas Pariwisata Kota Surabaya Wiwiek Widayati, Kamis (24/1/2013).

Ia menerangkan, penggalian situs tersebut dilakukan setelah pihaknya membaca dokumen lama tentang kebaradaan Kota Surabaya. Dari dokumen tersebut, diperkirakan ada bangunan atau strktur kuno mirip kolam yang berada di halaman rumah dinas Walikota Tri Rismaharini.

Mendapatkan informasi tersebut, Pemkot Surabaya langsung melakukan pra riset sekitar tahun 2012. Kemudian, menghubungi Balai Pelestarian Cagar Budaya (BPCB) Jawa Timur, untuk memastikan jenis dan fungsi bangunan kuno tersebut.

"Dulu sudah pernah pra riset dan ada bangunan lama atau struktur kuno. Sekarang digali lebih detail lagi dan lebih mendalam, sejak sekitar sepuluh hari lalu dan sekarang sudah selesai," terangnya, sambil menambahkan, penggalian dilakukan petugas gabungan dari Disparta Kota Surabaya dan BPCB Jatim.

Dari pantauan wartawan  di taman di sisi barat rumdis walikota itu terdapat beberapa titik urukan tanah bekas galian. Ada 4 titik yang titik galian terluas di dekat pohon beringin.

"Area (galian) sekarang diperluas menjadi sekitar 10 x 8 meter persegi. Mereka akan cek, struktur bangunan kuno itu dulu bekasnya apa, dan dibangun pada masa apa," terangnya.

Dalam penggalian dengan kedalaman sekitar 50 sentimeter tersebut, selain menemukan struktur bangunan kuno, juga ditemukan pecahan keramik dari negeri China yang diduga era Dinasti Ching pada abad ke 18. Serta sebuh besi ukurannya seperti tongkat bisbol. Namun, Wiwiek mengaku belum mengetahui keberadaan besi dan keramik tersebut.

"Saya mendengar ada penemuan itu. Cuma masih diteliti dari tahun berapa dan apa fungsi alat tersebut," jelasnya.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Pelacur Kanak Kanak Di Melaka Cuma RM20

Exco Dedahkan Pelacur Kanak-Kanak Di Melaka Berharga Serendah RM20

MELAKA –  Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.
Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.
Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.
Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti ‘pelanggan’ tidak diketahui.
“Dan, anak-anak gadis ini enggan memberitahu nama mereka,” kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.
Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.
“Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan,” katanya.
Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.
Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.
“Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya,” kata Latipah.
Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.
Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.
Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana ‘tinjauannya’ tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.
“Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial,” kata satu sumber.
“Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka,” katanya.
“Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang.” – Mstar.com.m
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

MB Johor Bidas Sikap Blogger

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU – Perbuatan segelintir pengamal media baru khususnya ‘blogger’ menulis tanpa sempadan menerusi laman blog boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain gagal mematuhi etika kewartawanan, perbuatan itu membuktikan sikap tidak profesional dan mempunyai agenda tertentu demi mencapai hasrat serta tujuan mereka.
“Pengamal media tidak rasmi ini bijak memilih isu yang diketengahkan sesuai dengan keadaan semasa dan mereka sering menyamar hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.
“Malah, tidak mustahil golongan ini digunakan oleh kumpulan, organisasi atau individu tertentu untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka tanpa mempertimbangkan kesan buruk kepada negara,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday pada Majlis Iftar Ramadan
Jabatan Penerangan Johor Bersama Pengamal Media Massa, malam kelmarin.
Mohamed Khaled berkata, pengamal media tidak rasmi itu juga sering mengetengahkan isu kononnya tiada kebebasan akhbar di negara ini di samping beranggapan media dikongkong oleh kerajaan.
“Mereka selalu membandingkan media negara ini dengan media luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Namun hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia, kebebasan akhbar adalah terjamin.
“Dakwaan negara maju bebas dari kawalan kerajaan juga masih samar kerana akhbar atau organisasi media di negara berkenaan dikawal oleh golongan kapitalis yang menjadi ‘backbencher’ kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, pengamal media tidak seharusnya berfungsi seperti blogger yang sering meletakkan kenyataan berunsur desakan dalam blog serta laman sosial yang begitu terbuka penggunaannya dalam kalangan generasi muda.
“Pengamal media bukan hanya wajib mengetengahkan apa yang benar, tetapi juga melaporkan sesuatu berita dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan bahawa laporan adalah untuk kebaikan serta kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya. – Sinar Harian Online
Read More..

Tinggal Percuma Jika Followers Lebih 10 000


Jika anda memiliki followers di akaun Instagram anda melebihi 10,000, anda berpeluang menginap secara percuma selama satu malam di sebuah hotel di Pyrmont, Sydney, Australia.

Nama hotel ini ialah 1888 Hotel dan nama hotel ini diberikan diambil sempena tahun syarikat Kodak mengeluarkan kamera filem mereka.

Hotel 1888 dilengkapi sambungan internet tanpa wayar percuma di semua ruang bangunan dan iPad diletakkan di setiap bilik untuk kegunaan tetamu.

Ia turut menyediakan tempat untuk pengunjung mengambil gaya “selfie” untuk dipaparkan pada “check-in” mereka. Hotel ini juga turut memaparkan koleksi gambar dari instagram yang menarik dan kreatif.

Harga untuk satu bilik adalah USD140(RM460) semalam.
Read More..

Syahrini Artis Indonesia Paling Dicari Di Internet


Syahrini yang hot

Rentetan kontroversi melonjakkannya sebagai artis Indonesia paling dicari di internet

Sarat meniti laluan kontroversi, setiap satu cubaan yang datang menerpa sepanjang 2012 menguji keutuhan Syahrini menangani emosi. 

Meskipun kehadiran isu sensasi membayangi usahanya untuk dikenali kerana bakat, 2012 masih membekas sebagai tahun bermakna buat penyanyi sensasi ini. 

Saya akan cuba imbangi antara peribadi dan karier, mudah-mudahan dipertemukan Allah jodoh," Syahrini, Penyanyi

Ketika media lebih menyorot hal peribadi, terutama ketika percintaannya dengan jejaka dari Malaysia putus di pertengahan jalan Oktober lalu, keyakinan peminat terhadap Syahrini tidak pudar.

Sering dalam setiap tindakan yang menimbulkan perbahasan antara pro dan kontra, anak kelahiran Sukabumi, Jawa Barat berusia 32 tahun ini bersyukur kerana perjalanan hidupnya diberkati Yang Maha Esa.

Selebriti paling dicari di jejaring Yahoo Indonesia untuk 2012 itu akur, tidak semua pihak senang dengan caranya menangani dugaan.

“Cacian daripada mereka yang membenci tidak membuat saya lemah. Mereka memberikan saya motivasi untuk berkarya dengan lebih baik. 

“Kritikan pedas itu membuat saya bangkit memacu kreativiti. Ramai yang senang, ramai juga yang membenci justeru, saya didik diri jangan pantas selesa.

“Pujian itu menyenangkan tetapi pada masa sama, membawa kemudaratan. Ia umpama perangkap yang membuat seseorang cepat larut dan malas berusaha.

“Saya lebih selesa dikritik kerana ia menyedarkan diri daripada kelekaan yang akan menarik saya kembali ke bawah,” katanya.

Sedia mengenepikan segala ego atau menganggap dirinya yang terbaik, penyanyi Sesuatu ini sering mencari kelemahan diri kerana ingin bertahan dalam industri hiburan.

“Saya mahu menjadi anak seni yang matang, bukan hanya ketika di pentas tetapi juga setiap kali berkarya. Sama halnya dengan personaliti.

“Disebabkan itu, saya sering melihat ke dalam diri untuk mencari apa lagi kelemahan. Saya sentiasa berusaha memperbaiki diri, karya, mutu persembahan kerana ingin matang, seiring perjalanan usia,” katanya.

Ternyata dalam setiap isu sensasi yang dicetuskan, penyanyi yang baru melancarkan album keempat, Semua Karena Cinta tidak mengenepikan prestasi.

Buktinya, populariti Syahrini melayakkannya meraih penghargaan Album Solo Wanita Popular pada SCTV Music Awards 2012 menewaskan nama besar seperti Agnes Monica, Rossa dan Vicky Shu.

“Kritikan membantu saya segera menjadi dewasa. Itu bererti penghargaan peminat terhadap saya begitu tinggi kerana mereka memerhati setiap inci pergerakan dari atas hingga bawah.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek setiap kekurangan diri. Mereka membantu membuka ruang supaya saya lebih berani melakukan inovasi dan tidak mendatar dalam mencorakkan perjalanan karier,” kata bekas teman duet Anang Hermansyah ini.

Resolusi Syahrini

Masih berbaki dua hari sebelum 2012 menutup diarinya, seperti kebanyakan penyanyi lain, Syahrini turut dilimpahi tawaran lumayan meraikan kedatangan 2013.

Bagaimanapun, Syahrini mempunyai perancangan lain apabila memilih untuk bercuti bersama keluarga meraikan tahun baru.

Baginya, bercuti akan memberinya inspirasi baru selepas diburu kesibukan sepanjang Disember. 

“Saya bimbang keadaan fizikal dan mental lemah kerana terlalu sibuk sepanjang Disember. Setiap hari ada saja persembahan sama ada di Jakarta atau di luar kota.

“Jika terlalu mendesak, risau nanti kesihatan saya merosot. Alhamdulillah, tawaran ada tetapi lebih kepada rakaman dan akan disiarkan malam menjelang tahun baru.

“Rakaman program itu dibuat di Bali, kemeriahannya sama seperti menyambut tahun baru. Syukur kerana rezeki tetap ada,” katanya.

Berbicara mengenai resolusi tahun baru, Syahrini berkata, kesihatan menjadi keutamaan memikirkan usianya bakal menganjak 33 tahun pada 2013 nanti.

“Saya mahu lebih sihat, matang dan dewasa dari segi pemikiran juga tindak tanduk. Saya akan cuba imbangi antara peribadi dan karier, mudah-mudahan dipertemukan Allah jodoh.

“Lebih senang jika dipertemukan dengan lelaki senegara. Ketika ini, saya langsung tidak mempunyai cerita peribadi untuk dikongsi.

“Sesekali saya bertanya diri, sampai bila mahu sendiri? Saya juga harus memikirkan soal pasangan hidup. bukan memfokus kepada karier semata-mata,” katanya.

Turut menyimpan keinginan untuk melancarkan album kelima yang dipenuhi lagu baru, Syahrini juga berharap 2013 akan menyempurnakan azamnya menjayakan mini konsert.

“Itu antara keinginan besar saya kerana ia menterjemahkan perjalanan karier selama tujuh tahun. Semua itu proses kematangan, cuma saya perlu lihat bagaimana perjalanan karier untuk tahun depan.

“Mudah-mudahan lebih stabil dan cemerlang, lantas memudahkan laluan untuk merealisasikan segala yang dicita-citakan,” katanya.

sumber
Read More..